SEJARAH SEKOLAH ∾
Sekolah Pandan ditubuhkan pada tahun 1930. Ia terletak di persimpangan Jalan Kangkar Tebrau dan Pekan Pandan Lama.
Dengan usaha pemimpin-pemimpin tempatan En. Loo Yit Song, En. Yong Kun Kim, En. Kang Han Chuang, En. Lim Bee Boo, En. Kong Fook Sin, En. Chong Moi Seng, En. Siew Ngee Kah dan penduduk-penduduk tempatan serta peruntukan dari kerajaan, pembinaan sebuah bangunan sekolah baru dimulakan pada tahun 1952.
Pada tahun 1957, sekolah ini dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan, nama sekolah ditukarkan menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pandan.
Pada tahun 1976, pihak Jemaah Pengurus dan PIBG sekolah telah berjaya mengutip wang derma RM20,000.00 untuk membina 4 buah bilik darjah dan bangunan pentadbiran.
Pada tahun 1980, projek pembinaan kantin, stor, pagar dan sebagainya dilaksanakan oleh kerajaan.
Pada tahun 1984, satu blok bangunan sekolah yang lama diruntuhkan dan digantikan dengan sebuah bangunan 3 tingkat yang dilengkapi 8 bilik darjah, pejabat am, bilik guru, bilik guru besar, perpustakaan, bilik ATV dan sebagainya.
Pada tahun 1992, sebuah pusat aktiviti serbaguna dan 1 blok bangunan sekolah 2 tingkat telah siap dibina.
Pada tahun 1998, pihak sekolah telah membina sebuah bangunan 4 tingkat dengan kerjasama serta bantuan pihak Jemaah Pengurus dan PIBG.
Kini, SJK (C) Pandan melangkah ke satu era baru dengan melahirkan generasi pelajar yang bersemangat waja, cemerlang secara menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.

Good try.I am looking forward for more updates on school activities and events.It would be more vibrant if some photos are attached to the articles.
ReplyDelete